TEACHER

Kepentingan ICT dalam Kehidupan Harian
Bermulanya dengan zaman renaissance,beralih kepada zaman atom dan kini zaman ICT."Dunia Tanpa Sempadan" ataupun "Dunia Di Hujung Jari" adalah ayat yang sering dikaitkan dengan fenomena ICT pada masa kini.
Dunia semakin canggih,aktiviti dalam kehidupan harian pun semakin mudah dan cepat lagi menjimatkan masa. Kalau dulu guna 'posmen',sekarang guna e-mail. Kalau dulu guna 'keyboard',sekarang 'touch screen'. Kalau dulu gajet beratnya berkilo-kilo,sekarang boleh dibimbit ke sana sini. Teknologi ini akan terus berkembang dan semakin berkembang. Setiap masa,setiap saat,setiap detik - akan lahir gajet-gajet baru,pelbagai fungsi pelbagai guna.
Kalau dulu aku melihat orang ramai berbaris menunggu giliran,di hospital,di klinik,di balai polis,di kaunter bank. Kini,aku melihat keadaan itu masih sama,tetapi kemudahan itu telah ada - pembayaran online,membuat pemeriksaan kesihatan secara online,pemindahan duit akaun secara online. Mungkin ada sesetengah orang belum lagi memahami atau cuba memahami apa itu ICT,ataupun tidak menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.
Kini seorang manusia boleh berkawan dengan berpuluh,beratus,beribu,puluh ribu ataupun sejuta - atau lebih daripada itu,dengan hanya berada di dalam bilik seseorang boleh berhubung dengan orang lain dengan menggunakan alam maya. Terdapat pelbagai laman sosial yang terkini dan terbaru tetapi seperti yang umum tahu,laman sosial facebook dan twitter adalah lebih menjadi pilihan kepada pengguna seluruh dunia. Kita boleh berhubung dengan mak dan ayah yang berada di kampung,berkawan dengan orang yang berlainan daerah,bangsa,agama,negeri mahupun negara,sebab itulah pentingnya 'English Education'. Oleh itu,fenomena ICT yang kini semakin berkembang pesat ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya,agar pembangunan tamadun manusia kini searus dengan peralihan zaman yang semakin mencabar ini.